Sunday, February 21, 2010

tetiba teringat kat 'mamat'..

dulu, aku pernah minat kat sorang mamat ni..ye, nama glamour dia memang mamat.nama penuh dia agak panjang..dia tersangat la hensem..muka ala ala takeshi kaneshiro(mamat lagi ensem)..wakaka..itulah aku, mase zaman2 anak gadis miang2 keladi dulu sangat suka mencari jejaka2 iras takeshi kaneshiro..bukan menggatal dgn diorang pun..sekadar wat santapan mata n daya penarik untuk rajin g sekolah..semangat2!


    dari sisi ni memang sebijik lah!hehe
mamat..
putih,tinggi,mata sepet,bulu kening lebat,sora manja2..paling aku suke, gaya jalan dia..hayunan tangan dia..macho tp ade gaya manja2 gitu.dia ni penolong ketua pengawas..n of coz aku paling suke kalau ada metin pengawas.(aku pengawas cabuk!)time tu la peluang untuk mengusya dengan kusyuknya..dan hampir setiap kali metin dia akan ditegur oleh cikgu disiplin.mostly sb gaya rambut dia..sideburn panjang!dan dia selalunya hanya diam dan wat muka selamba wlaupun ditembak bertubi2 oleh cikgu Meli.agak poyo..Mamat boleh dikatakan student paling glamour kat skolah time tuh..ramai peminat.termasuk lah bbrapa org classmate aku.salah sorang dari calssmate aku tu, dengar citanya memang bercinta dengan mamat.no wonder, sb dia memang ada package untuk berjalan beriringan dengan mamat.sweet, ceria dan tinggi..(dan aku sebagai gadis yang sangat pemalu dan pendiam hanya kekal sebagai peminat dalam diam je..xjeles pun)


beberapa tahun kemudian setelah kami2 semua meninggalkan dunia SMKRS..


aku pon tak tahu macam mana semuanya bermula..(hehe..gedik)tiba-tiba..aku BERKAWAN DGN MAMAT!!haha..ia bermula dengan rahsia antara kami saja..tak siapa akan menjangka..minah malu2 kucing ni buleh menjadi kawan dengan mamat yang glamour..hehe.yang dulu zaman sekolah nya xpernah bertentang mata..apatah lagi nk berbalas senyum bertegur sapa bergurau senda bercuit cubit..

kami start kawan masa aku 1st sem kat poli dan dia belajar kat uitm..macam mana kami boleh berkawan?well..jodoh..haha..
bermula dengan gayut2 dengan tepon rumah(mase tu aku xda enset, dia ada la)seronok tapi xsampai tahap menggatal lagi..xingat berapa lama kami berhubung melalui tepon sehingga la kami keluar untuk bertentang mata setelah beberapa tahun terpisah..wah..tragis!1st time keluar, kami naik bas..sangat sweet..
baru la aku kenal siapa mamat yang sebenarnya..ensem mmg xdinafikan..baik,sweet,malu2 kucing..
tak habis kat situ, aku pun xsangka dia agak serius nk berkawan dengan aku(kawan je)...kami still contact mase aku kat poli..mase tu aku takde henpon.dan dalam ramai2 kawan baik aku masa kat hostel, sorang je yang ada henpon.itu pun bukan satu blok..still, melalui henpon kawan aku ni la kami berhubung.setiap kali mamat call, si kawan ni akan menyeru  nama aku merentasi blok hostel..haha..sian dia.maka berlari lari la aku untuk menyambut seruan panggilan dari mamat..haha..sangat sweet..
yang paling bes dan xaku sangka, dia sanggup datang poli untuk jumpa aku..sempat bberapa kali kami dating kat kedai depan pagar poli..menjeling mata awek2 poli tgk kami..haha..bangga weh..aku yang xbrapa nak comel dgn mamat yang mcm takeshi kaneshiro?how can?
sepanjang kami berkawan, aku boleh nampak mamat agak serius dan ikhlas..paling jelas, surat2 dia..slalu gak kami berutus surat..sayangnya, semua surat2 dia yang comel dgn gambar kartun muka dia n muka aku skali xtersimpan..hilang bersama masa..

status,
kami hanya sempat berkawan dengan  mesra lebih kurang setahun je kot..kenapa boleh terpisah?sebab kebodohan aku..takut nak bercinta.mungkin masa tu aku belum bersedia untuk cinta..mamat hanya sempat meluah perasaannya sekali..ingin serius katanya..aku kalut!mulanya aku minta diberi masa..sampai la masa itu memisahkan aku dan dia..aku diam, tanpa jawapan..aku tahu, aku tak nak bercinta tapi aku tak tahu bagaimana dan takut..so aku hnya diam seribu kata..dia call, aku tak jawab..dia datang poli, aku lari..
tak matangnya aku..tak minta maaf pun..

kini..
yeyey, mamat da ada dua orang cahaya mata..sorang isteri kot..hehe.kebetulan adik lelaki mamat sekarang berkawan baik dengan adik lelaki aku..so sekali skala dapat la jugak aku risik kabar mamat sekeluarga di sana..bahagia agaknya dia sekarang..aku gembira dia bahagia..:)

semua yang berlaku, seribu hikmah di sebaliknya..kisah kami mungkin tak seberapa, tapi tetap sebahagian dari perjalanan hidup aku..
lebih banyak pengalaman aku kutip selepas kisah pendek aku dengan mamat..jerit perih, suka duka..semua mematangkan aku..insyaAllah, selepas ni tak nak lagi jadi bodoh macam dulu..
:)

4 comments:

  1. hehe, sweet~~

    tapi takpelah, takde jodoh kan, nak wat cmne, huhu

    :)

    ReplyDelete
  2. nur,
    tenks..agak sweet.hehe..cume dah lame xmngenang ke'sweetan' itu..teralit dgn kisah baru..
    :)

    ReplyDelete
  3. wahhh..wahh.. takeshi kaneshiro tu.. rugi dilepaskan...hehehe..(gurau jek)..

    akak pun pernah rasa bab jerit2 nama kawan merentasi blok tu.. hehehe.. maklumlah masa tu x de hp sndiri.. so "tumpang" hp member.. sweet kan? err.. :)

    bukan jodoh tu.. takpe.. lepas ni dpt hero yg lagi latest..hehehe..jangan lari2 lagi okey..

    (^,^)

    ReplyDelete
  4. kak cahaya,
    hehe..zaman muda mudi..sonok kan?kan bes lau leh turn back time..hu

    skg da tua2 ni,xtermimpi da muka2 hero sume tu kak..almaklumlah muka sndiri pon xberapa nak heroin..hehe..

    :)xnak lari lagi da...

    ReplyDelete